PROGRAM SEMASA

23 Jun 2012 / Sabtu
Rapat Rakyat Dun Linggi Bersama Timbalan Presiden
Kg Linggi (Bersebelahan Masjid Linggi)

8:30 malam

Ceramah Perdana Parlimen Kuala Pilah
Melang, Bandar Kuala Pilah
8:30 malam

Thursday 21 June 2012

Kemenangan Awal Felda NS bermula di Pertang


PRU 1999 lalu menyaksikan beberapa kawasan Felda yang menjadi kubu kuat Umno-BN di Pahang telah ditawan dan dimenangi oleh Barisan Alternatif ketika itu.

Dun Jengka dimenangi PAS dan Chini dimenangi oleh Parti Keadilan Nasional. Lebih istimewa dan mencatat sejarah adalah kemenangan Keadilan di Chini hanya dengan majoriti lima undi sahaja!


Dun Pertang dalam Parlimen Jelebu ketika PRU 1999 telah ditandingi oleh PAS tetapi tewas kepada penyandang kini, Datuk Razak Mansor yang menang dengan kelebihan 2,727 undi. Keadaan ketika itu membayangkan pembangkang sukar menembusi kawasan-kawasan tradisi Melayu di seluruh Pertang.

PRU 2004
Kemudian dalam PRU 2004, Parti Keadilan Rakyat telah bertanding di Pertang. Ketika ini sokongan kepada KEADILAN agak merundum seluruh negara kesan peralihan kuasa antara Dr Mahathir Mohamad kepada Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) sebagai Perdana Menteri. Peralihan itu ditambah dengan perkhabaran politik bahawa Pak Lah akan membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara sekiranya menang pilihanraya umum.

Keadaan itu telah memberi 'suatu harapan baru' bahawa Pak Lah benar-benar ingin membawa perubahan corak pemerintahan yang lebih baik. Ia telah melonjakkan sokongan seluruh rakyat. Hasilnya prestasi Barisan Alternatif dalam PRU 2004 merundum dan lonjakan luarbiasa kepada undi popular kepada BN melalui mandat baru.

Namun begitu, adakah kita semua mengetahui dan menyedari bahawa kebangkitan kemenangan awal di kawasan Felda dalam Negeri Sembilan bermula di Pertang?

Ini adalah sejarah dan suatu catatan yang wajar diketahui oleh seluruh rakyat khusus kepada anggota-anggota KEADILAN. 

Dalam PRU 2004 ini jugalah, KEADILAN telah menang di Daerah Mengundi Pasoh 4 yang terdiri daripada 100% pemilih Melayu!

Shahril Zakaria
Calon KEADILAN ketika itu, saudara Shahril Zakaria (kini Naib Ketua 1 Cabang Jelebu) telah memperolehi sebanyak 387 undi berbanding calon Umno-BN yang mendapat 336 undi dengan kelebihan kemenangan sebanyak 51 undi! Undi rosak adalah sebanyak 13 undi. 

Ketika itu, Pasoh 4 mempunyai 959 pemilih berdaftar. Jumlah keluar mengundi adalah 736 orang. 

Maklumat penggundian di Daerah Mengundi Pasoh 4 ketika itu adalah seperti berikut;

Jumlah Pemilih Berdaftar: 959
Jumlah Keluar Undi: 736 (76.75%)
Pecahan Undi: KEADILAN-387  BN-336
Saluran 1: KEADILAN-76     BN-217
Saluran 2: KEADILAN-311  BN-119
Majoriti: 51
Undi Rosak: 13
Catatan kemenangan ini wajar diingati dan menjadi persejarahan berguna kepada parti. KEADILAN adalah parti pembangkang pertama yang merintis kemenangan kawasan Felda di Negeri Sembilan. Oleh itu, tidak mustahil dengan persiapan semasa yang begitu rapi dibuat oleh Jawatankuasa Pilihanraya Negeri dan MPN Negeri Sembilan, dun Pertang mampu dimenangi khususnya di kawasan Felda Pasoh 1 dan 4 pada PRU-13 akan datang.


No comments:

Post a Comment