PROGRAM SEMASA

23 Jun 2012 / Sabtu
Rapat Rakyat Dun Linggi Bersama Timbalan Presiden
Kg Linggi (Bersebelahan Masjid Linggi)

8:30 malam

Ceramah Perdana Parlimen Kuala Pilah
Melang, Bandar Kuala Pilah
8:30 malam

Friday 22 June 2012

Pertang: PRU 13-Umno letak calon baru

Ada perkhabaran yang dimaklumkan bahawa ADUN Pertang-Dato Razak Mansor tidak akan dicalonkan semula pada PRU-13. Beliau antara wakil rakyat Umno-BN yang lama memegang jawatan wakil rakyat di Pertang sejak tahun 1995. PRU 2008 lalu merupakan penggal keempat beliau sebagai ADUN Pertang.

Nama yang begitu kuat disebut-sebut bagi menggantikan beliau sebagai calon Umno-BN di Pertang adalah Setiausaha Umno Bahagian Jelebu, iaitu saudara Ab. Hamid Othman (gambar) yang juga merupakan Pengarah JASA Negeri Sembilan. Jika itu benar-benar berlaku, KEADILAN Jelebu bakal berhadapan saingan yang cukup sengit.

Setakat ini belum ada suatu kepastian muktahir tentang perkhabaran ini tetapi kepastian berkenaan Razak Mansor tidak dicalonkan semula telah menjadi perbualan utama di Jelebu khususnya di Pertang. 

Faktor usia dan memegang lama jawatan wakil rakyat menjadi alasan kuat kepada Umno Negeri Sembilan untuk menampilkan calon baru di Pertang. Kedudukan BN khususnya di Pertang, Klawang dan Chennah bakal disaingi secara sengit oleh Pakatan Rakyat. Ketiga kawasan dun ini amat berpotensi dimenangi oleh PR NS. 

Hanya Sungai Lui yang memperlihatkan kekuatan Umno-BN Jelebu dan dijangka akan menang dengan selesa. Ketandusan calon kaliber dari PAS Jelebu khususnya di Sungai Lui memberi kelebihan awal kepada Umno bagi mempertahankan kemenangan.

Apakah kali ini Rais Yatim akan kembali bertanding di Parlimen Jelebu? Adalah dijangkakan beliau besar kemungkinan akan dikekalkan sebagai calon parlimen. Rais Yatim merupakan seorang politikus yang licik dalam mempertahankan jangka hayat politik beliau sejak kembali bersama Umno pada tahun 1996 lalu. Nama beliau tidak pernah tercicir untuk berada dalam kabinet kerajaan persekutuan dari zaman Dr Mahathir Mohamad, Pak Lah dan Najib Razak. Beliau dilihat lebih berjaya daripada lain-lain bekas pimpinan utama Semangat 46.

Arus penentangan terhadap beliau masih segar walaupun pesaing-pesaing beliau dalam bahagian iaitu Dato Yunus Rahmat dan Datuk Jalaluddin Alias seakan meredakan api tentangan. 

Jika Rais Yatim tidak dicalonkan semula, besar kemungkinan Datuk Jalaluddin Alias akan dicalonkan ke parlimen. Kedudukan Yunus Rahmat juga berkemungkinan dikekalkan di Klawang.


No comments:

Post a Comment