PROGRAM SEMASA

23 Jun 2012 / Sabtu
Rapat Rakyat Dun Linggi Bersama Timbalan Presiden
Kg Linggi (Bersebelahan Masjid Linggi)

8:30 malam

Ceramah Perdana Parlimen Kuala Pilah
Melang, Bandar Kuala Pilah
8:30 malam

Thursday 21 June 2012

Lawan Tetap Lawan

Setelah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Jelebu kembali diaktifkan pada tahun 2008 lalu, pelbagai usaha dan gerak kerja bagi memperkukuhkan jentera dan organisasi telah giat dijalankan dengan bantuan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Negeri Sembilan (MPN NS) selaku badan perhubungan parti.

Ada pihak beranggapan bahawa KEADILAN Cabang Jelebu kembali pasif kesan perletakan jawatan Ketua Cabang Jelebu pada tahun 2011 lalu, namun organisasi dan jentera cabang ini masih aktif bergerak serta terlibat dalam program-program penting anjuran MPN NS. Kekosongan tersebut telah dipangku oleh Timbalan Ketua-saudara Tang Jay Soon.

Malah pada awal Mei 2012, Bilik Gerakan Dun Pertang bertempat di Pekan Simpang Pertang telah dibuka dan perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Pengerusi MPN NS, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas. Program tersebut telah dikelolakan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Negeri (JPRN) yang diketuai oleh pengarahnya, saudara Nordin Ismail. Turut hadir Setiausaha MPN NS-Sabaruddin Yassim, Pemangku Ketua Cabang Jelebu-Tang Jay Soon, Naib Ketua merangkap Pengarah Pilihanraya Cabang-Shahril Zakaria, Setiausaha cabang-saudara Syamwill dan seluruh AJK Cabang Jelebu.

Gerak gempur dan culaan oleh JPRP dengan Cabang Jelebu dan kerjasama AMK NS serta pasukan-pasukan jentera dari lain-lain cabang telah dijalankan di seluruh Dun Pertang. Walaupun ia hanya merangkumi 35% kawasan, namun beberapa hasil yang positif telah diperolehi. 

Keyakinan KEADILAN Cabang Jelebu untuk memenangi Pertang sangat tinggi berdasarkan hasil dan keputusan gerak gempur itu. Namun begitu, usaha perlu dipergiatkan khususnya di kawasan felda (Pasoh 1 & 4) dan kawasan-kawasan kampung bagi menyampaikan maklumat yang tepat kepada para pemilih di situ.


No comments:

Post a Comment